Labels

Monday, April 12, 2010

Presint 18, R8

Presint 18, R8 mengandungi 5 blok agam - Blok A - Blok F, di huni oleh lebih kurang 500 keluarga. Di sini ada sebuah  kedai serbanika  iaitu Ali Maju dan sebuah kedai dobi. Di Blok B di bahagian Basement ada sebuah taska merangkap tadika. Surau Istiqamah terletak di  belakang Blok E dan berdekatan dengan kedai serbanika. Ada sebuah taman permainan kanak-kanak di antara Blok B dengan Blok D. Pemandangan sangat cantik kerana perumahan ini dihiasi landskap tasik yang air nya mengalir tenang dan pepohonan nan menghijau. Penghuni Presint 18, R8 terdiri daripada kakitangan kerajaan yang telah berkeluarga dan juga yang bujang.

Mulai menduduki perumahan ini pada tahun 2008. Sudah dua kali menyambut aidilfitri di sini. Apa yang ingin di kongsi ialah;

1. Perumahan ini sangat cantik dan moden. Harus bersyukur dan bangga. Ikutkan saya pun tidak mampu menghuni di perumahan sebegini andai ia terletak di segitiga emas atau yang sewaktu dengan nya; sebab itu saya sekeluarga sentiasa bersyukur.

2. Segelintir penghuni dan ahli keluarga mereka memang tidak tahu bersyukur. Antara kejadian tidak elok yang berlaku sehingga hari ini ialah: 
  a. Terdapat pemilik/pemandu kereta lelaki dan juga perempuan tidak mengikut anak panah arah laluan yang ditetapkan pabila masuk dan keluar dari perumahan.
  b. Terdapat penghuni tidak membuang sampah mereka ke dalam tong sampah besar dengan baik dan elok. Terdapat di kalangan penghuni yang mencampakkan sahaja sampah daripada tingkap kereta dsb. Ada juga yang membuang sampah dari  jarak jauh lantas sampah terjatuh di sebelah tong sampah (tidak masuk). Ada juga yang sudah tahu tong sampah telah penuh tetapi masih membuang sampah mereka ke dalam tong itu. Akibatnya sampah berjatuhan dan bertaburan. Ada yang tidak mengikat sampah dengan betul, plastik sampah telah bocor, mengeluarkan air busuk dsb.Ada juga yang meletak sampah di atas kereta untuk dibuang tetapi apabila terlupa sampah jatuh atas jalan raya...MasyaAllah...Yang syahdunya elok saja pemandu itu berlalu. tidak menoleh ke belakang...sedangkan sampah nya dah bertabur ....dan apabila digelek oleh kereta lain maka hodohlah pemandangan atas jalan raya itu dan mencacatkan pemandangan dan menyakitkan hati....(to be continued coz nak g kerja)
 

3 comments:

  1. dem it ! rase cm nk wat repot, ali maju nye harge ridiculuous .. huhu~

    ReplyDelete
  2. harga sardin besar cap ayam setin brape ja?

    ReplyDelete
  3. http://www.facebook.com/#!/pages/Presint18R8/128834987183420

    ReplyDelete

Dont just touch my blog...and then GO..just like that....

Dont just touch my blog...and then GO..just like that....
Leave comment/s pls...

Wad2B

Wad2B
Best duduk sepital